Tuesday, December 8, 2009

Gampang berbaur-baur.

Kurang enak.
Kurang perasaan.
Kurang lah segalagalanya!
Susah.
Susah nak tafsir.
Cuma gagahkan diri, tempuhi segalanya.
Maaf, jika kurang faham dengan entri kali ini.
Kerana bukan untuk kau fahamkan.
Cuma aku perlu ruang untuk menulis.
Supaya tak ku hebah satu Malaya yang bukanbukan.
Tak faham?
Haa aku pun tak faham.

Saturday, November 28, 2009

Anda sudah layak mengundi!

  • Tak perlu tunggu cukup umur (21tahun),
  • Tak perlu mendaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
  • Tak perlu bayar satu sen pon!

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini adalah,

1 Pergi ke www.3r.com.my

2 Click pada:
3 Kemudian, click lagi pada Dove Freshy:

4 Click pula pada "VOTE NOW":

5 Kemudian SIGN UP, fill up the form, verify your account from your email, and start voting!



Undi untuk NURASYIKIN ALFIAN! Click pada butang :)

Anda boleh vote 5 kali untuk satu account. Jadi vote je sampai 5 kali oke! Tak rugi mana pon! Mari ramairamai kita undi!

Friday, November 27, 2009

I Love You.

Satu dunia faham kalau orang dari kutub utara sebut magic word ini. Bukan nak kata kau bodoh, tidak, tapi ini fakta bai!

"The I Love You, easy to understand by people on earth"

Pernah rasa penangan guru besar? atau Ustaz ajar tajuid? haa penangan I Love You lagi pegi weyh! Susah nak ulas, kerna setiap orang kena rasa apa hebatnya magic word ni. Terbang melayang? elokelok terbang, jangan melayang sangat, kerna angin tak menentu, terkadang ada nasib kita, kembali semula ke pangkal jalan, buat nya "kun faya kun" termetrai, binasa seluruhnya.

Entri ini, cuma nak sampaikan kepada si dia nun disana, kau tahu betapa penting kau dalam hidup aku? kalau kau tahu bagus. sebab kau, kau wujud buat aku, dan itu benda paling indah sedang aku lalui. Tadah tangan, minta pada yang Esa, semoga kita, aku dan kau, benarbenar berjodoh sehingga hujung dunia. Amin.



Friday, November 20, 2009

Satu hari di Perak.

Hari ini? Bangkit awal pagi jam setengah sembilan (8.30am), dikejut oleh cik Ayam hamba. Katanya begini, "Atah bangun, dah kul 8.30, ejad dah message, mandi ae Sayang(hahahaha aku tambah!)".

Siap semua, Ejad pon sampai. Biasalah, janji melayu pernah dengar? Plan awal, gerak jam 9 pagi oke, akhirnya kam 12 tengah hari baru kereta bergerak. Usah diungkin kenapa, kerna aku pon sudah selamat tiba x).

Ke Pasir Salak ntuk menjemput adik si Ejad di MRSM, dek kerana 'map' yang ku kira, salah, dan GPS yang tak function, tahu kau kami sampai kemana? Nun haa, menuju ke Cameron. Jauh bai! Patah balik, tebal muka tanya orang awam, akhirnya sampai juga. Sambil tunggu adik Ejad, si Fauzan dan Asyraf(teman beliau) angkut barang, si Dia, Farhan Rashid tiba, alangalang nak menjengah ke site (bahasa kontraktor, bermakna tempat projek! hahaha. mungkin kot). Lepas rindu tatap wajah sebentar, berbual manismanis, selesai semua, kami menuju ke UTP.

Hati berkobarkobar bai! hehehe. Ini adalah surprise birthday (belated) buat Lelaki itu, Madi x). Benda dah jadi topik perbualan sejak minggu lepas, hasil cantuman dua kepala gila, maka bualbual kopi tadi jadi agenda utama untuk minggu ini. Dengan adanya insan budiman macam Ejad, dapatlah kami lanjutkan niat murni ini. (kami merujuk kepada bungan dan ayamnya, ciken). Kereta pecah dua, Apai, Shah dan Nissa betugas membeli kek di Bandar Ipoh, bertemankan abang Poppye.

Sampaisampai je, lepak di cafe tepi tasik, standby, bualbual kosong sambil tunggu Mr Freedom. Poppye roger je, kitorang get ready, dengan mata bertutup, bawak jalanjalan macam Apek dan Cik Siti(dalam filem P.Ramlee) tuh, kemudia, SURPRISEEEEEE!!!!! Madi terkejut. Kitorang gembira.

Madi, kitorang sayang madi. Surprisesurprise begini, setakat datang UTP balik hari, sungguh, tade hal bai! Demi kau, naik Cameron turun balik pon kitorang sanggup. Selamat hari lahir Madi. Semoga Tuhan tambah sayang pada kau, sebab kau makhluk ciptaannya yang sungguh pssst psst!

Fotofoto berikut, mungkin tak bergerak, tapi dia boleh bercerita kepada pembaca entri ini, tatap oke!























Lanjutan foto, di facebook lah mudah kan. ohh terima kasih bawa kami tour UTP yang indah itu. Library, thumbs up people! Thank y'ols! Bunga sayang korang!

Thursday, November 12, 2009

Tahap kematangan makin menjadijadi.

Hari demi hari, mula ku rasakan perubahan pada diriku, orangorang sekelilingku, keaadaan persekitaran dan juga dunia aku. Mula ku rasakan anjakan paradigma sedang berlaku dalam diri ku. Adakah ini tandatanda aku sudah maduk ke alam matang? Tiada lagi gurau senda keanakanakkan, perbualan kosong tanpa sisipan isiisi penting mahupun tajuktajuk ilmiah menjadi topik perbualan seharian. Kerna apa yang aku faham tentang diri ku kini, topik perbualan aku dan rakanrakan semakin matang dan berisi. Temanteman ku juga ku lihat tidak lagi teruja dengan brand 'kanakkanak' yang ku maksudkan seperti Tropikana Life, Ruffy, Diesel, mungkin juga Roxy, perhaps? Semua nya kalau ke gedung beli belah, pasti akan mencari sesuatu yang lebih womanwoman gitu dan bagi si arjuna, pilihan pakaian lebih kepada metro sexual, baru matang katanya. Wah! Sedikit sebanyak kita sebenarnya sedang alami peningkatan tahap kematangan duhai temanteman. Dan kita tidak lagi berpeleseran di gedunggedung harian tanpa hala tuju seperti yang kita lalui di zaman sekolah. Kalau mahu ke sesebuah tempat, pasti akan ku tanyakan apakah tujuannya dahulu.

Masih aku ingat tika dizaman sekolahku, kalau mahu merambu ke KL, pasti mama dan babah akan bising, katanya aku masih kecil dan tak sesuai berpeleseran bukabukan tambahan pula aku perempuan. Tapi senario nya berbeda sekarang, kerna aku adalah observer-as-participant tika aku keluar berhibur bersama temanteman, aku memerhatikan, contohnya di Pavillion, anakanak muda yang ku kira usianya belum layak menduduki PMR, tapi girang kesana kemari dengan fashion yang entah apaapa tu. Ada pula tu, kecilkecil lagi, wahwahwah sudah pandai berlagak kayak orang dewasa, memadu cinta bersama si bakal peneman hidupnya (konon). Hai adikadik, apakah korang ini tidak takutkan tentang dunia luaran? Ketawa juga terkadang aku melihat situasi begitu. huhuhuhu. haih zaman berubah Cik Bunga, bukan macam kau dulu. Paling menjengkelkan, ada pula pertubuhan community tak berdaftar yang kebiasaannya di lamanlaman sosial seperti Myspace, nah mula lah hujung minggu punya aktiviti, iaitu, GATHERING. Pernah ku saksikan, satu community ini, yang dinaungi oleh orang dewasa yang boleh ku bahasakan golongan abangabang, tapi ahliahlinya, aduhai, si Temah Janda(bukan nama sebenar, BNS) yang baru form2, si Latifah Janda(BNS) form2, Captain Rahman(BNS) for3, Captain Orlando(BNS) form4, dan banyak lagi lah gelarannya. Mereka ini, duduk berkumpulan, dan adalah dua tida orang ahli bersenjatakan DSLR, lagak gaya seperti OP(Official Photographer) untuk mereka, menembak satu persatu gambar mereka, kemudian nampak pula si Pak Guard, dihalaunya kumpulan ini, maka berpindahlah mereka ketempat lain, dan aktiviti yang sama berulang. Malam hari, mulalah semua gambar di muat naik ke laman sosial masingmasing. Wahwahwah korang, dah tahu future apa? Semuanya bakalbakal artis, pelakon tempelan, tak lupa juga photographer terhebat akan datang. LUCU tahu tak? Kau sedar tak Pavillion itu gedung belibelah mewah, menjadi tumpuan pelancong, malu bai kalau korang dudukduduk menebeng kat tepitepi tu dengan fashion korang tu, aduhhh. Dasar anak kecil.

Banyak, banyak nak diperkatakan, tapi akan aku sambung di entri mendatang kerna aku mahu bersiap, untuk sesuatu yang sangat kunantikan, 2012 jom! hehehe.

Bunga.

Monday, November 9, 2009

Kau Pergi Kerana Suka.

08112009, Puchong Utama.

"Maafkan mummy sayang. Mummy tahu mummy salah. Mummy tak patot biarkan Clan dan Bana dalam kereta. Mummy ingat mummy dah buka tingkap tu cukup untuk korang, tapi... Maaf kan mummy. Kita tak sempat nak sambut birthday mummy next year supaya kalian genap setahun dengan mummy. Kadangkadang mummy lupa bagi korang makan, tapi mummy pesan dengan Uncle Nabil mintak belikan carrots tok korang. Mummy kadangkadang terkilan tak dapat nak cuci cage korang lately ni sebab mummy busy sangat, tapi mummy ganti balik dengan mandikan korang pakai shampoo mummy so that you guys will smell like me. Mummy suka tengok korang bila mummy jalan pegi dapur korang dalam cage macam nak mummy angkat korang, "Mummy nak g ane? Bawak kitorang pls". Uncle Haziq and Danial bersungguhsungguh siapkan cage korang kat luar rumah so that petangpetang korang boleh lepak luar amek udara, tapi now dah takley. Mummy kene buka semua tu, mummy tanak nanti mummy rindu korang... Trolley Mydin tuh dah tak boleh nak bawa korang jalanjalan lagi, sebab tade sape nak naik dah. Kita samasama kena tangkap dengan Jaim sebab kita main tekateki kat luar rumah. Mummy tengok korang in love, mummy suka, mummy tak sabar nak tunggu baby korang, aunty Ezzy siap dah book baby korang, tapi sekarang dah tak de... Mummy dah puas menangis, sebab mummy guilty sangat... Mummy tahu korang marah kat mummy, tapi mummy takde niat... Balik aje dekat kereta, mummy ingat korang tidur, tapi kenapa mata terbuka? Baru mummy sedar, korang dah tinggalkan mummy... Maaf kan mummy sayangggg... Semua orang akan rindukan Bana and Clan. Daddy tu yang tak pegang korang pon, sebenarnya daddy sayang korang. Aunties and Uncles suma akan rindu korang. Sayang, I know you guys are doing fine up there, and I can't forget about you guys. Waving at me whenever I look up baby. Please, forgive me fo things I've done wrong. Mummy loves Babbits sangatsangat."









Wednesday, October 7, 2009

Surat buat PUPU.

Maaf.
Tapi tibatiba bunga terfikirkan si Pupu, teman yang bunga kira baik orang nya.
Entah mengapa, tapi sunggu bnga katakan, bunga terasa sangat sebagai seorang teman.
Bukan bunga pinta call tiap minggu, mahu pun sms setiap hari, tapi entah lah.
Bunga faham gf Pupu benci bunga.
Dan itu persoalannya.
Maaf lagi sekali, tapi itu tidak adil.
Dan kalau kata bunga punca korang gadoh, sumpah, tapi itu tak adil.
Pupu, bunga kenal sebagai teman, dan mengapa ianya cuma seketika?
Kenapa sebentar?
Apa salah nya laku bunga pada Pupu?
Maaf lagi sekali, tapi kau Pupu, dengan gf kau sumpah kurang tahap kematangan dalam berfikir.
Kau tak pernah kesah tentang rasa bunga kan?

Buat kau Lolita, usah kau fikir Pupu itu seperti lelaki yang bukanbukan.
Kerna aku tahu Pupu oragnya baik.
Jangan ditunjuk sangat bodoh kau pada khalayak umum.

Maaf weyh.
Tapi you people were so rude to me.
Have you ever heard Karma?

Maaf, tapi aku berdoa ianya berlaku satu hari kelak.

Pupu,
terima kasih buat segalanya.
Bunga hargai segalanya.
Maaf jika bunga menyinggung rasa hati kau.
Tapi, sumpah bunga terasa.

Maaf seribu maaf,
tapi kau Pupu, dan kau Lolita, tak kemana bai.
Bersyukur kalau usia hubungan kalian panjang,
tapi gembira buat bunga, kalau ia ternoktah di tengah perjalanan.
Maaf lagi sekali.

Pupu,
Bunga nak pesan,
tak perlu berlagak naive di depan gf,
jadilah diri kau seadanya.
Kalau itu minat kau, tunjukkan,
usah buang masa menyorok.
Dua memory card?
Selindung kegiatan sosial?
Itu sampah weyh!
Bila datang part aku, bukan main tunduk kau pada si dia.
Sampah.

Lolita,
control lah kesayangan kau sampai ke liang lahad.
Aku tak pernah sedetik berniat jahat.
Tapi kau dengan lagak kau yang macam hawau tuh,
boleh buat dua trip ke neraka jahannam kau.
Sebab aku tau tahap nya sampai mana.

Jadi,
Maaf sekali lagi Maaf,
tapi sumpah,
Bunga kecik hati dengan kau Pupu.
Thanx.


Iklhas dari Bunga x).