Wednesday, January 28, 2009

Jangan Cuba Menidakkan Kepentingan Mereka.

Situasi : Dialog petang semalam.
Kawasan : Ruang bergossip, Yahoo Messenger.
Pelakon : Bunga dan teman, (dirahsiakan).

Aku bertanya kepada teman ini yang mangsa kepada cinta tiga segi.
Sekadar bertanya, adakah beliau telah move on?

Sinopsisnya begini;

"Now I dah oke dah. Kawankawan banyak support I. I lost my bestfriend and I couldn't find him. Even die dah pindah pon i tatau kat mane. Gile sedeyh. I pegi tempat keje die, bos die kate die dah berhenti and tak tahu keje mane. I pegi rumah die, jiran die kate die dah pindah. Kawankawan lain tak nak bagi tahu die kat mane. Diorang suruh i cari sendiri. Takpelah, maybe pengajaran", kata sipolan.

Mari aku buat satu konklusi dimana korang mudah faham dengan cerita sipolan.
Sipolan bercinta dengan si hanjeng hampir setahun, (mungkin). Dahulunya aku
rapat dengan sipolan, tetapi tah kenape dengan kebebalan si hanjeng, sipolan tidak bertegor langsong dengan aku. Well I don't give a shit sebab aku tak rugi pon. hahahaha. Penghujung semester lepas, yakni tahun lalu, sihanjeng beralih arah kepada ermm aku nak panggil dia sipencuri, boleh? Maksud aku pencuri hati. Maka tinggallah sipolan terkapaikapai.

Imbas kembali : Sewaktu sipolan dilamun cinta dengan si hanjeng.
Sipolan meninggalkan temantemannya. Well, aku tak tahu sangat jalan cerita mereka ni, tapi bole lah cerita sedikit. Telinga aku sering disajikan dengan cerita dimana, sipolan tak dibenarkan bersosial dengan temantemannya termasuk bestfriend beliau bahkan si gadis bebas bersosial. (Situasi ini paling tak dapat diterima akal, baik lelaki mahupun perempuan. Please people, this is so doesn't make sense at all). Kemudian sipolan menanggung pula si gadis. (Oke konsep ini betol, tapi yang menjadi tidak relevannya sipolan membayar ganti rugi bagi pihak si hanjeng atas kecetekkan pemikiran si hanjeng. Akan tetapi,itu adalah atas budi bicara sipolan sendiri, kau berduit lebih kan so sukahati. Menanggung kekasih (perempuan) sekadar tiket wayang, duit minuman air kelapa atau mungkin chicken chop would be fine, tapi sihanjeng ini mane pernah peduli. Kononnya high maintainance. Puhleaseee! Kalau cantek tidaklah mengape wahai hanjeng oi!). Sipolan, mengajar saya peribahasa baharu, "Ukur baju dibadan orang laen", demikianlah peribahasa sipolan untuk mengklasifikasikan cara perbelanjaan sihanjeng. P/s kepada sang arjuna, boleh tanggung kekasih hati tu, tapi janganlah sampai kau pula kene makan biskut, hirup air meggie, satu helai baju dipakai sampai 3kali class yang direct seminggu. Kau faham kan maksud aku?

Ironinya disini, memang seluruh makhluk bumi dijadikan berpasangan. Contoh temudah,
kaum Adam dijadikan berpasangan dengan kaum Hawa. Itu adalan asas kejadian. Tetapi,
apa yang berlaku keatas diri sipolan, adalah, beliau terlupa akan kehadiran temanteman yang telah lama menjadi peneman dirinya tatkala beliau masih mencari si hawa ni tadi untuk mengisi ruang hatinya. Sentaplah mereka pabila diajaknya sipolan bersuka ria tetapi ditolak mungkin dengan cara yang baek tetapi berlandaskan alasan, "awek aku tak bagi doe kuar". Lelaki sebegini harus diklasifikasikan sebagai dayus kah? Bacul kah? Atau apakah? Padanlah kawankawan semua lari jarak jauh dari kau (kalau anda bersifat sebegini) sebab kau adalah benda hidup tiada alat jantan (kalau lelaki), dan tolong tukar pasangan please please (kalau perempuan dan belum terikat) kalau kau bersikap seperti diatas melainkan ada sebabsebab yang tertentu. Itu pun harus ditapis sebabsebab itu supaya ianya relevan!

Konklusi situasi diatas:
Bangkitlah wey! Korang jangan lah samakan diri ibarat lembu dicucuk hidung, atau laksana anjing dirantai leher. Pasangan itu adalah benda hidup yang fungsinya untuk menghilangkan kesunyian (kononnya), tempat mengadu nasib bile bergadoh dengan parents, family, cikgu, lecturers, koordinator, RS block, atau ape lagi. Tapi kalau gadoh dengan semua diatas, kau pasti cari teman kau kan? Membebankan sebenarnye kepada teman kau tuh. Kesian faham tak? Terasa nak bercerita pasal perkara yang menjengkelkan yang berlaku kepada pasangan kekasih pula! (New chapter pleasee!) Bila nak menangis baru cari teman, bile tengah sengkek tade duit nak beli hadiah vallentines buat kekasih, mula callingcalling member, tatkala sang kekasih tak boleh ambil kau kat manamana, saat itu lah terhegehhegeh merayu kawan minta fetch. EHH!! Bengang sebenarnya cerita pasal ni. Dah melaluinya. Tolong lah. Jangan menidakkan kepentingan mereka. "Aku sayang kau babe! Thanx sangat! mwah!mwah!", "Eh lu memang style lah bro! Nanti gua bayar balek! Lu lah member hidup mati gua!", ayatayat ini semuanya cliche lah! Tapi inilah yang sering di ungkap. At the end of the day, kau lupa balik kat membermember kau. Aku tak menulis sesedap rasa aku, sebab aku tahu, semua orang pernah melaluinya. Entri ini adalah umum buat semua orang. Tolong lah celik mata, dan cepat lah bangun dari mimpi siang! Kawankawan itu adalah anugerah terhebat dari Atas.

"The best thing happens in mylife, Friends",bunga.

Monday, January 26, 2009

Duaribulapan tahun kebabian.

Mengapa kebabian? saya suka babi pula. ngaha.
Tidaklah terlambat lagi untuk mengulas tahun lepas punya sinopsis.
Bunga mahu bercerita tentang chenta.

2008 January, 26.
Menjalinkan rangkaian bersama si Dia.
Awalannya berjalan lancar dan tiada permasalahan.
February, beliau ke seberang menjalani latihan.
Tujuh bulan menanti dengan penuh harapan.
Tiada onar sepanjang tujuh bulan.
Kepulangannya dinantikan.
Malah pelbagai pesiapan dilakukan.
Pertemuan pertama selepas tujuh bulan itu masih segar diingatan.
Indah doe mase tuh.
Sumpah indah.
Tapi hanya bertahan sehari, selepas kekantoian beliau berkayu tiga.
Bukan dengan siapa pon, si kekasih lama.
Dasar durjana.
TUJUH bulan itu boleh disimpulkan sebagai, PEMBAZIRAN.


2008, September 14.
Dia lah. ala dia lah.
Kenal sudah lame.
Tiga tahun mungkin.
Baru rapat, dah rapat.
Uih! ini suweet doe.
First three weeks semuanya indah indah dan indah.
Tapi bak kate Orlando, "Man will always be man".
And again, B E T R A Y!
Hari ini dia keMelaka, kami dinner, dan sebagainya seperti merpati dua sejoli yang lain.
Dia pulang ke KL, bermanja pula dia dengan si gadis laen.
Oke check!
Saya tak perlukan anda.

2008, Dicember bape tah.
Bersama Mentari.
Tak lame.
Tapi penuh ciriciri syaitan direjam!
Antara lelaki yang saya ketahui, tiada kemaluan dan sifatsifat gentleman itu zero dalam tubuh badan nya.

Jadi tak mengapelah.


Ironinya, saya belajar melalui semua diatas.
Kini saya lebih matang memandangkan usia menjangkau puluhan.
Tiada lagi angka satu dihadapan.
Angka ini saya tunggutunggu sedari dahulu, tapi kini ianya menjengkelkan!
Cliche?

Pegilah mampos!

Friday, January 23, 2009

Teman ohh teman

Minggu sudah, minggu yang sangat hectic, getir, penoh pancaroba dan mengharungi peperiksaan kekawanan. gadoh? bertekak? tarik rambot? ehh tak de. maki hamun? pon tak. tapi macammacam terma yang boleh digunakan. hakikat persahabatan, gelaktawa, tangishiba, bercakaran, confession, tangisan, dan berbaik. itulah pusingan roda yang perlu dilalui. apeape pon, kita tetap kawan, itu paling penting.


Ini wajahwajah yang sering berlari kehuluhilir sekeliling saya.









Dia adalah Ciken.



Mula bertegor : Part 1, 2007, UiTM Melaka.



Status : Single and errr complicated boleh? Hahahha.



Testimonial : Young and dangerous! Hahahaha. Baik hati. Menggelabah tapi fun. Berpotensi dalam bidang peragawan, how’s that? She is beautiful!



Kegemaran : Peha ayam pleaseee! And MAKAN!










Dia adalah Biskot.



Mula bertegor : Form 2 (mungkin), 2003, SBU.



Status : Kepunyaan Danial.



Testimonial : Pelupa pelupa dan pelupa! Budak banking. Dialah lembu kami. Hati kaldu!! Penyayang. Such a financial manager and pemening kepala Pak Habib x)



Kegemaran : Sticker?hahahahahha.










Dia adalah Bella.



Mula bertegor : Part 1, 2007, UiTM Melaka.



Satus : Single. Ohh! Dengar cerita on the way dengan Nabil. Hehehehe.



Testimonial : Jauhi beliau dengan cecair pleaseee! Lembut hati. Lagi satu budak banking!



Kegemaran : Wang ringgit! Ahahahhahahha. Kidding sayang.











Dia adalah Ezzy.



Mula bertegor : Penghujung part 2, 2007, Ayoob Bt Berendam, Melaka.



Status : Mad in love with Clement Dinesh.



Testimonial : Such a clumsy ezzy! Hahahhaha. Erm.. wedges. Terlalu banyak saya terhutang budi dengan beliau. Kakak saya. Saya sayang dia.



Kegemaran : Merokok



sambil baring!








Dia adalah Ghaja.



Mula bertegor : Pertengahan part 2, 2007, A1201, UiTM Melaka.



Status : Single.



Testimonial : Such a TB! Hahahahahha. Lindungan kaabah, tapi tetap punyai ciriciri kesetanan. Hahaha. Skali lagi, bankers!



Kegemaran : TEJA! Hahahahahha.





Dia adalah Russ.

Mula bertegor : Part 3, 2008, Bus stop depan UiTM Melaka.

Status : Kembali kepada Sham.

Testimonial : Paling tua tapi paling manja dan entah ape lagi tah. Huhuhuhu. Kuat menangis bila bermasalah. Sebenarnye dia adalah perempuan gila yang cun melecun

Sunday, January 18, 2009

Anjakan Paradigma


eh eh. dah pandai. hehehe. hello blogger. saya freshie. tak perlu induction dan sebagainya. cuma nak beranjak kesesuatu yang baru dan mungkin menyeronokkan. kita cuba berilusi dengan dunia maya. jari jemari menarinari memicit pad kekunci, cuba menyusun huruf menjadi ayatayat yang mudah difahami. tatkala ini, saya sedang melayankan kawan di ym yang cukup kagum dengan seorang ustaz (buka youtube type "ustaz azhar idrus"), perhatikan ustaz itu kemudian lihat pula link yang ini, "http://www.digitalmukmin.com/index.php?showimage=692". ustaz ni dah bole ade flickr dia sendiri. bunny hai bunny. comel jugak kau ney terkadang. huhuhuhu. bunny ni teman saya yang dikenali dari seorang teman. bunny atau name sebenar, fariz, berusia sebaya, berlemak lebihan tetapi cool.

kenapa nak cerita sangat pasal bunny?

well, mari berkenalan!








Nor Natrah Hidayah Ahmmad.
Last born : 1989.
Currently a full time student.
Saya bercakap, saya ketawa, saya normal.