Situasi : berborak di food court.
Kawasan : Food court sebuah pasaraya mewah.
Pelakon : Teman Bunga, teman Bunga dan Bunga.
Sinopsisnya begini,
Rabu barubaru ini, aku ke sebuah pasaraya mewah (bak kate teman aku lah) bersama temanteman berjumlah lapan orang kesemuanya. Bukan ape pun, biasalah anak muda berjumpa, menonton wayang, dan merambangkan mata. Bukan itu ceritanya isi entri kali ini sebenarnya. Selepas menonton, kami menabur wang ringgit di kedaikedai dalam pasaraya itu, kemudian bergerak ke food court kerana seorang teman mahu membasahkan tekaknya yang kering. Yang laen (tak perlu namanya di sebut), mahu kekedai roti berhampiran kerana mahu menitipkan roti buat emakemak mereka. Langsung duduklah aku bersama dua teman di food court. Maka berceritalah seorang dari kami, menceritakan tentang perempuan yang baharu diminta nombor telefonnya di salahsatu kedai di pasaraya berkenaan.
Ceritanya begini,
Teman aku cuba menjalinkan persahabatan dengan salah seorang promoter di kedai itu sambil mengisi masa menunggu seorang teman mencuba seluar. Kebosanan lah mungkin. Kemudian, perempuan itu pon berkata, “Eh girlfriend you tak marah ke you berborak dengan I?”. Maka teman aku membalas, “Eh! Itu bukan girlfriend I. Kalau pun dia girlfriend I, suka hati I lah nak borak dengan siapa”. Sebenarnya perempuan itu tersalah sangka, diingatkan teman aku menjalin hubungan dengan salah seorang dari kami, alasannya, kerana rambut samasama kerinting! (Ya! Sungguh tidak masuk dek akal kan?) *Klimaks nya disini* Teman aku pon langsung berkata, “Ke you takut ade orang hentak I sebab berborak dengan You?” Perempuan itu membalas, “Ermm.. I ada boyfriend.... Tapi..... Dah nak putus!”
Mari berfikir sekejap.
Tidak kira lah perempuan mahupun lelaki, yang baru dikenali seperti situasi di atas, yang tak sampai limabelasminit memberitahu akan putusnya hubungan mereka walhal hal itu belum lagi terjadi? Apa yang bermain di kepala korang sekarang ni? Teman aku membuat konklusinya sendiri, “perlu ke cerita dia dah nak break dekat aku yang baru berbual dengan dia?” Mungkin dia ada agenda tersendiri. Mungkin benar dia mengalami keretakan dalam hubungannya, dan mungkin terkesima dek kehenseman teman aku tu, terpikat, dan cuba menambah rencah perbualan yang baru bermula itu denga harapan mendapat simpati dari teman aku, kemudian cuba untuk caring hal hubungannya, lalu jatuh hati dengan dia, cuba memikat dan YEAH! Misi berjaya! Tetapi sangkaan teman aku pula, perempuan itu cukuplah sekadar berteman begitu, dan cukuplah buat tiket untuk dapat discount!
Kesalahan yang dikesan disini,
Pernyatan dia itu membuatkan feedback yang tak bole blah sebenarnya! Duhai perempuan oi. Kenapalah kau mesti cakap macam tu? Haih. Susah nak tafsir niat dia sebenarnya, aku cuba berfikir berkalikali. Gagal. Ini sebenarnya bukanlah hal besar sampai nak catit dalam blog ni atau sekadar nak banyakkan entri, tetapi, sekadar menyatakan pernyataan dia.