Friday, November 20, 2009

Satu hari di Perak.

Hari ini? Bangkit awal pagi jam setengah sembilan (8.30am), dikejut oleh cik Ayam hamba. Katanya begini, "Atah bangun, dah kul 8.30, ejad dah message, mandi ae Sayang(hahahaha aku tambah!)".

Siap semua, Ejad pon sampai. Biasalah, janji melayu pernah dengar? Plan awal, gerak jam 9 pagi oke, akhirnya kam 12 tengah hari baru kereta bergerak. Usah diungkin kenapa, kerna aku pon sudah selamat tiba x).

Ke Pasir Salak ntuk menjemput adik si Ejad di MRSM, dek kerana 'map' yang ku kira, salah, dan GPS yang tak function, tahu kau kami sampai kemana? Nun haa, menuju ke Cameron. Jauh bai! Patah balik, tebal muka tanya orang awam, akhirnya sampai juga. Sambil tunggu adik Ejad, si Fauzan dan Asyraf(teman beliau) angkut barang, si Dia, Farhan Rashid tiba, alangalang nak menjengah ke site (bahasa kontraktor, bermakna tempat projek! hahaha. mungkin kot). Lepas rindu tatap wajah sebentar, berbual manismanis, selesai semua, kami menuju ke UTP.

Hati berkobarkobar bai! hehehe. Ini adalah surprise birthday (belated) buat Lelaki itu, Madi x). Benda dah jadi topik perbualan sejak minggu lepas, hasil cantuman dua kepala gila, maka bualbual kopi tadi jadi agenda utama untuk minggu ini. Dengan adanya insan budiman macam Ejad, dapatlah kami lanjutkan niat murni ini. (kami merujuk kepada bungan dan ayamnya, ciken). Kereta pecah dua, Apai, Shah dan Nissa betugas membeli kek di Bandar Ipoh, bertemankan abang Poppye.

Sampaisampai je, lepak di cafe tepi tasik, standby, bualbual kosong sambil tunggu Mr Freedom. Poppye roger je, kitorang get ready, dengan mata bertutup, bawak jalanjalan macam Apek dan Cik Siti(dalam filem P.Ramlee) tuh, kemudia, SURPRISEEEEEE!!!!! Madi terkejut. Kitorang gembira.

Madi, kitorang sayang madi. Surprisesurprise begini, setakat datang UTP balik hari, sungguh, tade hal bai! Demi kau, naik Cameron turun balik pon kitorang sanggup. Selamat hari lahir Madi. Semoga Tuhan tambah sayang pada kau, sebab kau makhluk ciptaannya yang sungguh pssst psst!

Fotofoto berikut, mungkin tak bergerak, tapi dia boleh bercerita kepada pembaca entri ini, tatap oke!























Lanjutan foto, di facebook lah mudah kan. ohh terima kasih bawa kami tour UTP yang indah itu. Library, thumbs up people! Thank y'ols! Bunga sayang korang!

7 comments: