Hari demi hari, mula ku rasakan perubahan pada diriku, orangorang sekelilingku, keaadaan persekitaran dan juga dunia aku. Mula ku rasakan anjakan paradigma sedang berlaku dalam diri ku. Adakah ini tandatanda aku sudah maduk ke alam matang? Tiada lagi gurau senda keanakanakkan, perbualan kosong tanpa sisipan isiisi penting mahupun tajuktajuk ilmiah menjadi topik perbualan seharian. Kerna apa yang aku faham tentang diri ku kini, topik perbualan aku dan rakanrakan semakin matang dan berisi. Temanteman ku juga ku lihat tidak lagi teruja dengan brand 'kanakkanak' yang ku maksudkan seperti Tropikana Life, Ruffy, Diesel, mungkin juga Roxy, perhaps? Semua nya kalau ke gedung beli belah, pasti akan mencari sesuatu yang lebih womanwoman gitu dan bagi si arjuna, pilihan pakaian lebih kepada metro sexual, baru matang katanya. Wah! Sedikit sebanyak kita sebenarnya sedang alami peningkatan tahap kematangan duhai temanteman. Dan kita tidak lagi berpeleseran di gedunggedung harian tanpa hala tuju seperti yang kita lalui di zaman sekolah. Kalau mahu ke sesebuah tempat, pasti akan ku tanyakan apakah tujuannya dahulu.
Masih aku ingat tika dizaman sekolahku, kalau mahu merambu ke KL, pasti mama dan babah akan bising, katanya aku masih kecil dan tak sesuai berpeleseran bukabukan tambahan pula aku perempuan. Tapi senario nya berbeda sekarang, kerna aku adalah observer-as-participant tika aku keluar berhibur bersama temanteman, aku memerhatikan, contohnya di Pavillion, anakanak muda yang ku kira usianya belum layak menduduki PMR, tapi girang kesana kemari dengan fashion yang entah apaapa tu. Ada pula tu, kecilkecil lagi, wahwahwah sudah pandai berlagak kayak orang dewasa, memadu cinta bersama si bakal peneman hidupnya (konon). Hai adikadik, apakah korang ini tidak takutkan tentang dunia luaran? Ketawa juga terkadang aku melihat situasi begitu. huhuhuhu. haih zaman berubah Cik Bunga, bukan macam kau dulu. Paling menjengkelkan, ada pula pertubuhan community tak berdaftar yang kebiasaannya di lamanlaman sosial seperti Myspace, nah mula lah hujung minggu punya aktiviti, iaitu, GATHERING. Pernah ku saksikan, satu community ini, yang dinaungi oleh orang dewasa yang boleh ku bahasakan golongan abangabang, tapi ahliahlinya, aduhai, si Temah Janda(bukan nama sebenar, BNS) yang baru form2, si Latifah Janda(BNS) form2, Captain Rahman(BNS) for3, Captain Orlando(BNS) form4, dan banyak lagi lah gelarannya. Mereka ini, duduk berkumpulan, dan adalah dua tida orang ahli bersenjatakan DSLR, lagak gaya seperti OP(Official Photographer) untuk mereka, menembak satu persatu gambar mereka, kemudian nampak pula si Pak Guard, dihalaunya kumpulan ini, maka berpindahlah mereka ketempat lain, dan aktiviti yang sama berulang. Malam hari, mulalah semua gambar di muat naik ke laman sosial masingmasing. Wahwahwah korang, dah tahu future apa? Semuanya bakalbakal artis, pelakon tempelan, tak lupa juga photographer terhebat akan datang. LUCU tahu tak? Kau sedar tak Pavillion itu gedung belibelah mewah, menjadi tumpuan pelancong, malu bai kalau korang dudukduduk menebeng kat tepitepi tu dengan fashion korang tu, aduhhh. Dasar anak kecil.
Banyak, banyak nak diperkatakan, tapi akan aku sambung di entri mendatang kerna aku mahu bersiap, untuk sesuatu yang sangat kunantikan, 2012 jom! hehehe.
Bunga.
Huggies
20 hours ago

5 Pelopor bersuara!:
tapi zaman tuh la(zaman sekolah n zaman giler2) yang paling seronok kalau nak diingat semula...ketika tuh, kepala pun tak bleh nak fikir betapa rasionalnya tindakan kita masa tuh...tapi, untuk memenuhi kehendak nafsu, kita tetap buat jugak...hahaha...best tau zaman tuh...terok2 kita dulu pon, macam bunga kan,...boleh berjaya jugak..betul x??..~
hehe. yeah betul. zaman sekolah adalah zaman yang menyeronokkan. tapi itu zamanzaman kita encik daud oi. tamat je minggu peperiksaan, kita main kad pokemon, saidina, batu seremban, tutup botol sebagainya. tapi sekarang? berlumbalumba sape punya game paling latest di psp. zaman berubah, itu yang saya cuba sampaikan x)
kau buat aku tergelak seketika tika membaca tentang situasi di Pavillion x))
atah atah, zaman mmg dah berubah, sekarang budak sume masing2 nak up, tak sedar diri baru bape tahun, tapi lagak masing2 dah besar,the thing yg aku tak suke nk gi shopping complex time2 cuti sekolah, ni lah, kanak2 yang baru nak up, dengan segala jenis fesyen yang kdg2, tak layak for them. and ramai2 lagi. oouh, rimas ok!
ciken: you knew it aite. ehhe.
ayong: yesyes! semak weyh! rimas! haih. macam ape je.
Post a Comment